Monday, May 12, 2008

Status on Draft Local Plan

I have written to MPSJ requesting for status of the draft local plan and also the issue of lack of places of worship. Below is the written reply I have received from them:


Jawapan :-

Deraf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (DRTMPSJ) sedang dalam proses penilaian dan penyediaan Laporan Bantahan Awam setelah selesai peringkat Bantahan Awam/Pendengaran Awam pada 31 Januari 2008.

Semua cadangan dan bantahan yang diterima daripada pihak syarikat, persatuan penduduk dan orang awam akan dimasukkan ke dalam Laporan Bantahan Awam termasuk cadangan penambahan tapak-tapak rumah ibadat.

Laporan Bantahan Awam ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia dengan kerjasam dari JPBD Negeri Selangor dan MPSJ.

Laporan ini akan di bentang kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Selangor YB Tuan Ronnie Liu Tian Kiew oleh Pengarah JPBD Selangor sebelum dibentangkan kepada pihak syarikat, persatuan penduduk dan orang awam yang telah mengemukakan bantahan/cadangan. Pengarah JPBD Selangor akan berunding dengan YB Tuan Ronnie untuk menetapkan tarikh pembentangan ini.

Merujuk kepada Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (mukasurat 4-26) garispanduan kepada Tempat Ibadat Bukan Islam tidak merujuk secara spesifik kepada jenis agama. Jika terdapat mana-mana tapak ibadat bukan Islam yang masih kosong, maka mana-mana persatuan agama yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan boleh memohon tapak tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah Petaling. Permohonan ini akan di bawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor sebelum di bawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapat kelulusan permohonan.