Friday, January 8, 2010

Statement from Menteri Besar of Selangor on the attack on churches

KENYATAAN MEDIA

8 JANUARI 2010

SELANGOR KUTUK TINDAKAN SERANG GEREJA

Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggjungjawab menyerang dan membakar beberapa gereja di Selangor dan sekitar lembah Klang.

Perbuatan tersebut adalah satu tindakan yang bacul kerana ianya boleh mengeruhkan keharmonian dan menimbul kekeliruan diantara masyarakat majmuk di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia dapat bertenang sementara polis menjalankan siasatan.

Kami menyeru kepada pihak polis agar menjalankan siasatan yang profesional dan telus sehingga mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Adalah diharapkan pihak polis juga akan meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat agar kejadian buruk ini tidak berulang.

Kami menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama. Saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

6 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Sebagai seorang muslim...saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelampau berkenaan menyerang dan merosakkan rumah ibadah bagi kaum anda....ISLAM agama yang murni dan cintakan keamanan. Kami diharamkan untuk menganggu gugat mana-mana tempat peribadatan kaum kafir. Dan ALLAH serta RasulNya telah memerintahkan kami untuk menjaga kehormatan (harta benda, keluarga, rumah ibadat) kaum kafir yang telah membuat perjanjian dengan orang ISLAM

Anonymous said...

i strongly condemn such attacks
i also condemn the act of using Allah swt in Christian publication
i dont think umno is behind this,they have nothing to gain. people who quickly try to blame umno and manipulate it for own advantage must have been behind this

i dont think muslims do this,the attacks seem staged in order to prevent muslims to protest peacfully the following day.
think about it

Power to the people! said...

Anonymous, your reasoning is completely illogical, you're almost sounding like an UMNO Minister. Well, maybe you are an UMNO Minister.

Anonymous said...

Looks like there is typo-error in statement...should remove the word "tidak"...

"......sehingga mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan"

Anonymous said...

Eh, PR why don't you take over the steering of 1Malaysia campaign and make it yours?

Anonymous said...

H1N1Malaysia1god
pandai nyer PM kita
tapi semua itu wayang