Wednesday, August 11, 2010

Press Statement from MB's office on sand mining

KENYATAAN AKHBAR
11 OGOS 2010

SPRM DIJEMPUT MENEMPATKAN KAKITANGAN DI PEJABAT KSSB

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku.

Bagi melengkapkan lagi prinsip pentadbiran telus dan terbuka, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir.

Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya makumat kewangan KSSB dapat diketahui orang awam.

Kerajaan Selangor percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan KSSB. Selangor yakin KSSB menjadi syarikat pasir pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencabar negeri-negeri di bawah BN supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin mengumumkan perlantikan Wan Ab. Halim Wan Ismail, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuatkuasa 26 Julai lalu.

Wan Ab. Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

3 comments:

yoko ono said...

dear yb,

pls be careful.this is inviting enemy into your backyard.
imagine hiring a beautiful maid into your home.
why is your mb come up with
all kinds of ideas but nothing
tangible?

USJ43 said...

Dear MB and YB,
As long as you are restricted to employ capable staffs basing on meritocracy, it is of no use even if you station a battalion of macc. Just look at jkr, they have many offices in town, even an office in Mid Valley City to accomodate the incremental staffing, look at the defects at duta court, parliment house, collapse stadium, tilting arch and .......
chong26

hurricanemax said...

Dear MB & YB...

A true leader knows in his (ok her too)heart, what is right and wrong.
It aint a rocket science.