Wednesday, September 22, 2010

1Malaysia logo on Ah Long banners

Some parties were spreading lies about our Malaysia Day gotong-royong in SS13. Media asked me if our intention was to remove banners bearing the 1Malaysia logo as a rebellious sign against the Federal Government. My reply : I have no time to play childish political games with Barisan Nasional. (You can read more about our gotong-royong in the posting below). MPSJ will continue to remove any illegal advertisements (without MPSJ stickers), regardless of the identity of the person/agency who put them up.

Article from Sinar Harian :

SUBANG JAYA - “Tidak benar, saya tidak tahu siapa yang membuat khabar angin mengatakan program gotong-royong pagi ini (semalam) untuk menurunkan iklan dan bunting tertera logo 1 Malaysia,” demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan ketika ditanya mengenai dakwaan beliau akan berbuat demikian dalam program dianjur pagi semalam.

Beliau yang menyangkal perkara itu turut menafikan pernah membawa turun iklan peminjam wang haram yang dibuat dalam bentuk bunting itu yang mempunyai logo 1 Malaysia meskipun pernah terjumpa iklan berkenaan.

“Pagi ini saya hanya mengadakan program gotong-royong disertai 60 belia dari sekitar Lembah Klang untuk membersihkan kawasan pangsapuri kos rendah di SS 13.

“Niat kami hanya membersihkan kawasan ini dan bukannya untuk menurunkan iklan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, program gotong-royong turut disertai kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan membawa turun iklan haram hanya sekiranya terserempak.

“Tetapi kalau dakwaan mengatakan kami menurunkan iklan atau bunting yang ada tertera logo 1 Malaysia itu memang tidak benar.

 “Anda (wartawan) boleh saksikan sendiri apa yang kami lakukan di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

 Hannah berkata, dia hanya mengeluarkan pendapat bahawa logo 1 Malaysia dikomersialkan pihak tertentu untuk perniagaan mereka.

“Saya pernah terlihat iklan peminjam wang haram tertera logo 1 Malaysia. Meskipun begitu saya tidak menurunkannya kerana ia digantung agak tinggi di tiang lampu. Tetapi meskipun ada diletakkan logo 1 Malaysia di sana...saya ingin bertanya adakah ia mempunyai permit dan kebenaran pihak Majlis.

“Lebih mengecewakan dakwaan dibuat sedangkan bunting (mempunyai logo 1 Malaysia) di kawasan pangsapuri itu,” katanya lagi yang mendakwa iklan peminjam wang tertera logo itu dijumpai di kawasan kedai di USJ2.

Sementara itu Ahli Majlis MPSJ, Dr Loi Kheng Min yang turut menyertai aktiviti gotong-royong itu berkata, pihaknya hanya menyerahkan kepada Jabatan Perlesenan sekiranya mahu membawa turun iklan atau bunting mahupun kain rentang besar yang tidak mempunyai permit.

“Kami tidak menurunkan iklan 1 Malaysia kerana di situ ada gambar bendera...menurunkan bunting atau kain rentang itu bagi saya sama seperti menurunkan bendera. Fokus kita pada program pagi ini hanya untuk pembersihan bukan untuk menurunkan iklan,” katanya.

2 comments:

kl_boy said...

Usual suspects....need not say anything further

Anti Opportunist said...

YB
In future, perhaps you wish to work on modus of operandi. Namely, the program objectives,location targeted, people involved and the approach use ...taking into account AREAS potential sabotage by enemies...such mode of operationsare briefly tabulated for reference prior to implementing such (gotong royong) project.
Your team wd simply fall back on the modus operandi in the event of such irresponsible claims.
These guys are creative and will always on the look out for opportunities to CONTINUE to trap you..in the name of treachery, insult to the nation..racist...etc etc..They have been watching you and your areas of concern you champion...further more you are Chinese DAP.
There will always be enemies at the other side of the fence , or even within the community who join the gotong royong.
No need be angry...their claim reveal their pattern of operation ....