Wednesday, February 9, 2011

S'gor pushes for auxiliary police force

KENYATAAN AKHBAR
8 FEBRUARI 2011
_______________________________________________________________________
Kerajaan Persekutuan Perlu Terima Tawaran Kerajaan Negeri Untuk
Tubuhkan Pasukan Polis Bantuan

YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghantar surat kepada YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang meminta pihak kementerian mempertimbangkan permohonan Kerajaan Selangor untuk Menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Surat ini adalah yang kedua dihantar YAB Menteri Besar selepas surat pertama yang dihantar kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan salinannya dihantar kepada YB Menteri Dalam Negeri pada  Julai tahun lepas,  tidak mendapat sebarang maklum balas.
 
Dalam surat kepada YB Menteri Dalam Negeri itu, YAB Menteri Besar menyatakan kebimbangan Kerajaan Negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor, serta mengulangi hasrat kerajaan negeri untuk mengambil langkah konkrit demi menangani masalah ini.

“Saya menulis kepada YB Menteri Dalam Negeri supaya hasrat Kerajaan Selangor untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan menjadi kenyataan. Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat,” kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor pernah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, dua kes yang terbaru di mana  dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta kes wanita hamil yang ditampar dan dirompak jelas membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan untuk membantu polis mengawal keselamatan dan mencegah kejadian jenayah.

Niat Kerajaan Selangor ini murni iaitu menyediakan pasukan keselamatan bagi membantu dan melengkapi rutin harian anggota polis, bukannya mengambil alih tugas penguatkuasaan pasukan polis. Dengan peningkatan bilangan pasukan keselamatan yang diberi tugas rondaan dan pencegahan jenayah, keselamatan rakyat dapat dipertingkatkan.

“Kerajaan Selangor komited untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan ini dengan hasrat menyediakan persekitaran kehidupan yang aman selaras dengan misi Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, tenteram dan berkebajikan,” kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh:
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

4 comments:

Independent Malay said...

Mdm Yeoh, for your information the Chairman of Syabas has his own Auxiliary Police Force (APF) & I was informed that on one occassion when the IRD went to raid his house in Taman Tun Dr.Ismail, they were stopped by these personal APF with Submachine guns, & even his Syabas/Puncak Niaga office is manned by these gun-totting goons. How is it possible that the Feds gave to their friendly individual whilst refusing to give A bonafide State Govt.?

Anonymous said...

Mr. Independent Malay - you are right! Even Sunway group has its own APF. Why can't a bonafide State Government be given approval? Answer - if that happens all connected security services company in Sgor will be out of contract....

Anonymous said...

Those guys are like warlords. In the past one state has its regiment like private army but was later disallowed. How come now those guys have theirs now?

ghkok said...

The Fed Govt is rejecting a request from a legitimately-elected State Govt and rejecting a proposal that has widespread support from the residents of Sgor. This action of the Fed Govt is effectively undermining the state of Sgor and ignoring the plight and determination of Sgor to tackle the issue of crime.