Sunday, March 4, 2012

Selangor cash reserves hit RM1.9 Billion

KENYATAAN AKHBAR
8 FEBRUARI 2012
SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILLION

Simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan Perbendaharaan Negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 billion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan Kerajaan Negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah pada Jumaat ini.

Beliau berkata, CF itu telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu sekali gus menamatkan penantian hampir 9 tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering ini dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk-penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

3 comments:

Anonymous said...

Please utilize the money. Build more public amenities. Libraries, school, hospitals or what ever that benefit the rakyat. With the cheating in coming election, i think PR cannot retain at Selangor, especially those marginal win seats. Dun let those "Buaya" take the money.

Michael said...

My comment on utilizing the surplus was no posted. I guess i will have to change vote this coming GE then.

Anonymous said...

Like any company, shareholders (or us citizens) would like to know what will happen to the money. Having lots of money kept may not be the best (although its not a bad problem to have of course), but if there is a bigger plan out there, hopefully it can be shared.