Tuesday, November 27, 2012

DAP Wanita Selangor


[Berdiri dari kiri] Dorothy Cheong Chye Wah, Chia Siu, Tiew Way Keng, Kwi Ai Mei, Law Suet Peng, Teo Nie Ching, Buvaneswary, Evelyn Gan, Lee Shim Moi; [Duduk dari kiri] Loh Jean Cheah, Prema Arasan, Lee Kee Hiong, Mary Josephine Prittam Singh (Speaker); Chong Eng (ketua DAP Wanita Kebangsaan), Hannah Yeoh, Kasthuriraani Patto, Chang She-Yun.


Laporan Konvensyen DAP Wanita Selangor bertempat di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, Kuala Lumpur pada 25 November 2012

Konvensyen DAP Wanita Selangor yang diadakan semalam, 25hb November 2012, merupakan sesuatu yang bersejarah dalam parti DAP oleh kerana Selangor adalah negeri kedua berjaya menubuhkan DAP Wanita Negeri selepas Pulau Pinang.

Penubuhan DAP Wanita Selangor adalah sangat bermakna oleh kerana kesukaran menarik perhatian dan minat kaum wanita untuk menceburi arena politik dan isu-isu masyarakat setakat ini. Secara umum, arena politik adalah didominasi oleh kaum lelaki disebabkan kaum wanita biasanya mempunyai tanggungjawab mengurus rumahtangga dan menjaga anak.

Kebetulan juga tarikh 25 November telah diiktirafkan sebagai hari antarabangsa Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Hari tersebut dipilih untuk memperingati tiga wanita bersaudara Mirabal yang dibunuh di Republik Dominika atas perintah diktator Dominika, Rafael Trujillo pada tahun 1960. Ketiga-tiga wanita tersebut merupakan aktivis yang berjuang keras menentang rejim Trujillo.

Konvensyen bermula dengan ucapan aluan daripada pengerusi semasa DAP Wanita Selangor, YB Teresa Kok dan ucapan pembukaan diberi oleh pengerusi kebangsaan DAP Wanita, YB Chong Eng. Tiada pilihan raya jawatankuasa dijalankan kerana hanya 15 ahli dicalonkan, justeru 15 ahli tersebut telah bermesyuarat secara tertutup dan melantik ADUN Subang Jaya, YB Hannah Yeoh, untuk mengetuai DAP Wanita Selangor. (Sila lihat senarai di bawah untuk semua jawatan.)

Lima usul telah dibentangkan oleh bahagian wanita Serdang dan PJ Utara (sila lihat lampiran) dan dua orang auditor dalaman juga telah dilantik, iaitu Lee Jen Uyin (李燕韵 ) dan Sugidah a/p Letchumanan ( 舒吉达 ). Mesyuarat berakhir pada pukul 3:45 petang.

Jawatankuasa DAP Wanita Selangor

Pengerusi: Hannah Yeoh Tseow Suan ( 杨巧双 )
Timbalan Pengerusi: Lee Kee Hiong ( 李继香 )
Naib Pengerusi: Prema a/p Arasan ( 布丽玛 )
Naib Pengerusi: Kasthuriraani a/p Patto ( 卡诗杜丽 )
Setiausaha: Chang She-Yun ( 郑诗云 )
Penolong Setiausaha: Evelyn Gan Teng Ping ( 颜婷萍 )
Bendahari: Loh Jean Cheah ( 罗燕嘉 )
Penolong Bendahari: Dorothy Cheong Chye Wah ( 章彩花 )
Setiausaha Organisasi: Lee Shim Moi ( 李森梅 )
Setiausaha Publisiti: Kwi Ai Mei ( 郭爱眉 )
Pengarah Pendidikan Politik: Buvaneswary a/p Balasubramaniam ( 布瓦尼斯华丽 )
AJK:
- Teo Nie Ching ( 张念群 )
- Tiew Way Keng ( 张菲倩 )
- Chia Siu ( 谢秀 )
- Law Suet Peng ( 刘玥伶 )

No comments: